Thursday, May 8, 2008

JASAMU DIKENANG



TAKZIAH!!!! Kepada keluarga Allahyarham Mohd Hafizi B. Mohd Sarif ( APEK ) telah kembali ke Rahmatullah pada 5 .Mei 2008. Allahyarham meninggal kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya semasa perjalanan ke Gunung Datuk bersama rakan sekolah. Allahyarham merupakan seorang Pengakap Kelana yang aktif di daerah Tampin dan Rembau dan merupakan Setiausaha Kehormat kepada kumpulan ARTC. Sepanjang perkhidmatan beliau, tidak pernah mendengar sebarang rungutan dan keluhan setiap kali menjalankan tugas. Dan merupakan orang kepercayaan Ketua Kelana, En Rizal. Kehilangannya amat dirasai oleh semua warga ARTC dan rakan yang mengenalinya. Kami selaku wakil kepada keluarga Allahyarham memohon kemaafan dan jika ada sebarang mengenainya,semoga dihalalkan. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin…. AL-FATIHAH.

Wednesday, April 23, 2008

Kursus manikayu kelana kerjasama MFI & kelana kajang


Pada 18-20. april 2008,seramai 4 orang kelana Alpha dan dipimpin oleh pemimpin kelana Alpha Tampin, Allergic. kelana yang terlibat,saudara Izzat , Hanafi , Hafizi (apek) dan saudari Atiqah. Perjalanan bermula di pekan Tampin.berkumpul jam 10.00 pagi di perhentian bas di Pulau Sebang,Tampin . Perjalanan dimulakan dengan menaiki bas ke seremban,diteruskan pula dengan menaiki komuter ke stesyen komuter UKM,dan dijemput pula oleh kelana Alpha Tampin saudari Ain Adilliah menaiki kereta wira nya menuju ke MFI.sepanjang perjalanan,mereka bersuka ria di dalam bas bagaikan nak runtuh.tibanyadi MFI,perjalanan diterukan ke lokasi menaiki bas MFI ke Asli Adventure Base Camp,Hulu Langat,selangor. diharap kerjasama kelana Alpha Tampin dengan Kumpulan Kelana siswa dan Kelana Kajang dapat diteruskan. Tidak lupa jua ucapan terima kasih kepada En. Rizal dan saudara Izzat kerana bersusah payah mencari penajaan bagi mengurangkan kos peserta dengan sumbangan dari Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Tampin dan Pn Ruziah bt. Ramli yang merupakan makcik kepada saudara Izzat yang sudi memberikan sumbangan secara individu. Terima kasih kepada orang perseorangan dan yang terlibat. Semoga dimurahkan rezeki, Amin.......salam pengakap.

kerjasama pengakap kelana Alpha dengan kump pengakap PDK 34,pekan tampin


Kumpulan kelana A tampin seramai 4 orang terlibat dengan program kemasyarakatan dengan komuniti pengakap di pemulihan dalam komuniti (PDK) pekan Tampin sempena ulangtahun PDK pekan Tampin kali ini.antara kelana yang terlibat diketuai oleh president kelana ,En.Rus Rizal (Allergic) ,saudara Izzat , Hanafi dan Hafizi (apek). mereka ini meluangkan masa dengan mengajar kawad dan terlibat menjayakan majlis kali ini yang diundangi isteri kepada menteri besar negeri sembilan. tahniah kepada mereka kerna telah menjayakan majlis ini,semoga perkhidmatan ini dan khidmat sosial antara pengakap dan masyarakat dapat diteruskan serupa dengan cogankata kelana "BERKHIDMAT"

ARTC Facebook Page